Wavy Tail

Friday, 14 October 2016

MICROSOFT EXCEL

Assalamualaikum hari ni macam biasa dayah akan update tugasan baru daripada lecturer. ok, hari ni, kita akan mulakan dengan microsoft excel. siapa tak pernah dengar tentang microsoft excel sebelum ni ? kalau ada tu, maksudnya korang tak habis explore apa yang ada kat laptop korang. hahaha last time dayah guna excel ni masa tingkatan 4 iaitu semasa ambil kelas akaun dulu. terseksa sangat . lepas form 4 ,drop terus akaun dan fokus kepada subjek sains tulen. ok, kita lupakan sejarah lama. jom kita mulakan excel....huhuhhu tugasan yang diberikan adalah................ tada.. PELAJAR DIKEHENDAKI MENYEDIAKAN JADULA BAGI MEMASUKKAN MARKAH TAHUNAN SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP BAGI 20 PELAJAR TINGKATAN 3 MELATI DENGAN MENGGUNAKAN KEMAHIRANPERISIAN LEMBARAN KERJA KIRA 1. 20% DARI MARKAH KUIZ 2. 30% DARIPADA MARKAH PERTENGAHAN TAHUN 3. 50% MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 4. JUMLAH MARKAH KESELURUHAN 5. GRED DENGAN MENGGUNAKAN FUNGSI TERTENTU YANG TELAH DIPELAJARI 6. MEMBINA GRAF BAGI MENUNJUKKAN PERATUS PENCAPAIAN Ini adalah tugasan yang dayah dan classmate yang lain perlu sediakan. maaf andai ada yang terkurang ye. Jom ..!!! Mula mula sekali korang buka MICROSOFT EXCEL korang dan tuliskan nama pelajar dan no kp mereka macam gambar kat bawah ni.
ini lah senarai nama pelajar dan no kp mereka :) kemudian, korang pergi kat sheet baru dan rename kan sheet tu kepada kehadiran pelajar. untuk memudahkan korang untuk tidak menyalin balik nama lejar tu, korang tekan = lepas tu copy nama kat sheet maklumat pelajar tadi dan tekan enter, lepas tu korang tarik je column tu sampai semua nama pelajar keluar. Mudahkan ??
ok.. ini adalah kehadiran pelajar kemahiran hidup. bagus diorang ni rajin datang sekolah. lepas tu, korang pergi kat sheet baru dan masukkan markah pelajar korang.
setelah markah tu siap diisi, korang perlu jumlahkan. tak payah guna kalkulator. korang just tarik colum tu dari markah 20% hingga 50% then tekan autosum kat kotak atas tu. tapi kena buat satu satu . tak boleh column kan semua markah bagi seorang pelajar. setelah korang dapat jumlah tu, kita akan tentukan gred diorang pulak, tapi korang kena sediakan column gred dulu. contohnya macam dalam gambar kat bawah tu.
selepas dah buat gred, kita akan tetukan gred pelajar dengan formula vlookup. korang pergi je kat formula dan pilih vlookup, nanti akan keluar macam ni
lepas tu, korang tekan ok. dan akan keluar macam kat bawah ni.
ok, sekarang dayah akan ajar cara nak masukkan gred. lookup value = korang tekan kotak kecil tu dan tandakan jumlah markah keseluruhan pelajar terbabit dan masukkan $ diantara abjad dan nombor dikotak formula dan tekan enter table array = tekan kotak kecil tu dan tandakan skala gred o hingga A+ yang korang dah buat kat tepi tu dan masukkan $ diantara abjad dan nombor di kotak formula tu dan tekan enter cool index number korang taip 2 je range lookup tulis TRUE dan tekan ok kalau dah isi semua. lepas tu akan keluar gred bagi seorang pelajar. untuk pastikan semua ada gred, korang tarik + yang ada kat tepi gred yang keluar tadi dan akan muncullah gred semua pelajar kesayangan korang tu. :)
tadaaaa.......... sekarang, dayah akan ajarkan cara nak kira bilangan pelajar yang dapat gred. korang cari ruang kosong dan tulis macam ni
lepas tu, korang pergi kat formula dan insert formula dan cari countif, lepas tu. akan keluar kotak dan korang tandakan kotak gred pelajar tadi kat RANGE dan jangan lua masukkan $ diantara abjad dan nombor dan tulis TH KAT kotak CRITERIA. Macam dalam gambar ni.
bila bilangan dah keluar, korang tarik je sampai ke bawah. dah siap...............
untuk buat graf, korang higlight kan kat dah siap tadi iaitu bilangan pelajar yang mnedapat gred tertentu dan click insert kat bahagian atas tu dan pilih column . korang pilih graf yang korang berkenan. hasilnya seperti ini....
dah siap... korang nak buat kat sheet baru pun boleh, nak buat kat bawah bilangan gred pun boleh. terpulanglah mahu jadi apa, mahu jadi hantu, mahu jadi buaya,, hahaha :) maaf andai ada kesilapan dan ketidakfahaman ye. sekian saja, terima kasih....

No comments:

Post a Comment