BLOGGER HIDAYAH
Nama diberi Nurhidayah Binti Murusin. Berumur 20 tahun pada 17 Jun 2016. Sekarang melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Monday, 12 December 2016
ADOBE ILLUSTRATOR
Assalamualaikum ..............
pernah dengar mengenai adobe illustrator tak ?? adobe illustrator ni merupkan aplikasi untuk buat banner, kad kahwin dan sebagainya.
macam biasa, adobe illustrator ni merupakan pertama kali bagi dayah . sebelum ni dayah pernah dengar tentang adobe reader je.
semasa kelas MTE, pensyarah dayah ajar mengenai adobe illustator ni. dan kami ditugaskan untuk menyediakan kad perkahwinan.
sebelum nak guna aplikasi ni, pastikan korang dah install adobe ni kat pc korang. cari je kat pakcik google. insya'Allah ada. cumanya aplikasi ni berat sikit...
lepas korang dah install, korang klik kat file dan tekan new macam dalam gambar di bawah ni.
lepas tu, korang edit maklumat seperti yang dah ada kat bawah ^^
untuk masukkan gambar dan buat rekaan korang sendiri, korang boleh download contoh contoh kad kahwin di google dengan menaip freepick dan korang pilih lah rekaan yang menambat hati korang dan download. kemudian buka file yang siap di muatturun tu
lepas tu korang boleh nak buat rekaan sendiri dengan mengubah susunan gambar dalam kad dengan menekan right-clik lepas tu pilih simbol ungroup
bila dah tekan ungroup, korang boleh susun ikut kreativiti korang dan drg and drop dalam file new tadi untuk susun.
lepas tu, oleh boleh masukkan perkataan seperti yang korang nak dengan tekan ikon T pada sebelah tepi illustrator tu
korang boleh juga masukkan gambar. lepas dah masukkan gambar, untuk elakkan gambar tu lindung perkataan yang korang dah siap tulis tadi, korang right-click leas tu tekan simbol arrange dan send to back. tadaaaaaaaa....
bila dah masukkan text, korang boleh ubah font text dengan tekan font yang ada kat kotak atas tu. tengok hasil yang dayah dah buat...
kad korang belum siap lagi,,,,, korang kena buat peta nak ke rumah kahwin pulak. ye lah, kalau tak ada peta, macam mana tetamu nak pergi ke majlis perkahwinan tu, senang je cara buat peta n, korang click simbol yang macam kat bawah ni dan lukis jalan yang macam korang nak. lepas tu, masukkan nama jalan dan ikon. ikon ni boleh dapat kat pakcik google. yang kat bawah ni contoh dayah.
macam yang korang nampak, gambar dalam peta dayah tu ada bunga bunga kan. tapi tak halang gambar peta, korang just pergi klik kat opacity dan adjust nak kecerahan gambar tu.
lepas dah siap peta, korang boleh buat pulak ayat jemputan untuk tetamu. caranya sama je. masukkan ayat yang korang nak taip lepas tu edit font. korang masukkan gambar yang korang nak. perkataan bismillah tu boleh dapat kat google image..
dan hasilnya....
dah siap. mudah je kan ??
boleh lah disimpan mana tahu untuk kegunaan masa hadapan.... hahaha
terima kasih.
selamat mencuba ye semua !!!
Thursday, 8 December 2016
AUDACITY
Assalamualaikum semua ! selamat Pagi !!!!
ok, hari ni dayah teringin nak kongsikan mengenai audacity kepada korang semua. siapa yang pernah dengar tentang audacity ???
audacity ni sebenarnya merupakan aplikasi muzik dan untuk merakam suara korang. mana yang suka karoake tu boleh try aplikasi ni.
ok, sebelum kita nak gunakan aplikasi audacity ni, sudah semestinya kita mesti install audacity di pc terlebih dahulu. nak install di mana ??? pak google kan ada ^^
pertama sekali, korang kena masukkan lagu yang korang suka. caranya seperti dalam gambar di bawah :::
lepastu, korang cuba mainkan dengan tekan butang seperti yang dibulatkan
lepas dah cuba mainkan lagu, korang boleh lah rakam suara korang dengan tekan butang yang telah dibulatkan olah dayah seperti dalam gambar di bawah. bila korang tekan butang tu, akan ada kotak baru yang keluar dibawah yang menunjukkan suara korang. korang buatlah apa yang korang nak macam menyanyi ke, bersyair ke,,,
lepas dah yakin dengan apa yang korang rakam, tekan button play dan dengar rakaman yang korang dah buat. lepas tu boleh lah disimpan untuk masa depan korang ^^.
the END..
terima kasih.................
Thursday, 1 December 2016
MOVIE MAKER
Assalamualaikum semua !!
setelah sekian lama tak update blog, hari ni dayah rasa nak ajar korang semua mengenai movie maker. mungkin ada yang pernah dan ada juga yang tak pernah dengar mengenai movie maker ni kan. honestly, dayah pun baru pertama kali nak mencuba movie maker ni.ok jom kita mulakan.
sebelum nak menggunakan movie maker, pastikan korang install dulu movie maker dalam pc korang. apa ? dah install ? ok bagus !
bagi yang dah install tu, korang buka windows movie maker korang. lepas tu, tekan butang " title seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah
bila dah tekan tu, korang editlah perkataan apa yang korang nak tulis. kalau macam dayah, dayah masukkan nama dulu.
lepas tu, korang klik pula pada butang add video jika korang nak masukkan video
video yang korang dah masukkan tu boleh diedit dengan menekan butang edit kat video tool
nak masukkan muzik pun sama. hanya tekan butang add music lepas tu masukkan muzik yang korang suka.
kalau nak edit tempoh tayangan bagi tajuk yang korang dah masukkan pada mula mula tu, korang hanya tekan butang seperti yang dibawah ni. senang je kan ??
lepas tu dah siap...
korang simpanlah video yang korang dah buat tadi
Friday, 21 October 2016
POWERPOINT
Assalamualaikum semua yang disayangi.
hari ini pula,kita akan mempelajari cara untuk membuat powerpoint kita lebih menarik. wu.....
mesti ramai macam teruja kan ?
JOM KITA MULAKAN !!!!
mula- mula kita kena buka microsoft poewerpoint kita. lepas tu, tambah slide dengan menekan NEW SLIDE.
korang juga boleh ubah design slide korang supaay lebih berwarna warni.
tapi dayah menggunakan kaedah insert image supaya design nampak lagi woow..hahah
caranya adalah dengan pergi kat ggole image dan copy image yang diigini dan paste pada slide. kemudian besarkan. tapi kena buat pada setiap slide kalau nak slide jadi pelbagai.
ni contoh slide dayah....
ok, sekarang, dayah akan ajar cara nak buat hyperlink iaitu cara nak pergi ke slide hanya menekan tombol navigasi yang kita cipta.
korang tekan insert shape dan masukkan shape yang diigini dan lukis. lepas tu, tekan action dan keluar macam dalam gambar ni. korang pilih nak jadikan butang navigasi tu untuk apa, kalau macam dayah untuk previous slide.
lepas tu buat lah ikut suka hati korang. nak buat untuk next slide ke atau apa yang korang suka :)
ok, untuk masukkan gambar , korang tekan insert picture
bagi masukkan video pulak, korang tekan insert dan pilih movie.
nak masuukan navigasi pada video pun boleh, korang just tekan animation lepas tu pilih cutom animation dan lukis shape yang diigini dan edit macam mana yang korang nak untuk sambungkan butang play, stop, pause, next kat video tu.
dah siap... mudahkan ??
contoh slide yang dah siap....
sekian , terima kasih ^o^
Friday, 14 October 2016
MICROSOFT EXCEL
Assalamualaikum
hari ni macam biasa dayah akan update tugasan baru daripada lecturer. ok, hari ni, kita akan mulakan dengan microsoft excel.
siapa tak pernah dengar tentang microsoft excel sebelum ni ?
kalau ada tu, maksudnya korang tak habis explore apa yang ada kat laptop korang. hahaha
last time dayah guna excel ni masa tingkatan 4 iaitu semasa ambil kelas akaun dulu. terseksa sangat . lepas form 4 ,drop terus akaun dan fokus kepada subjek sains tulen. ok, kita lupakan sejarah lama.
jom kita mulakan excel....huhuhhu
tugasan yang diberikan adalah................ tada..
PELAJAR DIKEHENDAKI MENYEDIAKAN JADULA BAGI MEMASUKKAN MARKAH TAHUNAN SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP BAGI 20 PELAJAR TINGKATAN 3 MELATI
DENGAN MENGGUNAKAN KEMAHIRANPERISIAN LEMBARAN KERJA KIRA
1. 20% DARI MARKAH KUIZ
2. 30% DARIPADA MARKAH PERTENGAHAN TAHUN
3. 50% MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
4. JUMLAH MARKAH KESELURUHAN
5. GRED DENGAN MENGGUNAKAN FUNGSI TERTENTU YANG TELAH DIPELAJARI
6. MEMBINA GRAF BAGI MENUNJUKKAN PERATUS PENCAPAIAN
Ini adalah tugasan yang dayah dan classmate yang lain perlu sediakan. maaf andai ada yang terkurang ye.
Jom ..!!!
Mula mula sekali korang buka MICROSOFT EXCEL korang dan tuliskan nama pelajar dan no kp mereka macam gambar kat bawah ni.
ini lah senarai nama pelajar dan no kp mereka :)
kemudian, korang pergi kat sheet baru dan rename kan sheet tu kepada kehadiran pelajar. untuk memudahkan korang untuk tidak menyalin balik nama lejar tu, korang tekan = lepas tu copy nama kat sheet maklumat pelajar tadi dan tekan enter, lepas tu korang tarik je column tu sampai semua nama pelajar keluar. Mudahkan ??
ok.. ini adalah kehadiran pelajar kemahiran hidup. bagus diorang ni rajin datang sekolah.
lepas tu, korang pergi kat sheet baru dan masukkan markah pelajar korang.
setelah markah tu siap diisi, korang perlu jumlahkan. tak payah guna kalkulator. korang just tarik colum tu dari markah 20% hingga 50% then tekan autosum kat kotak atas tu. tapi kena buat satu satu . tak boleh column kan semua markah bagi seorang pelajar.
setelah korang dapat jumlah tu, kita akan tentukan gred diorang pulak, tapi korang kena sediakan column gred dulu. contohnya macam dalam gambar kat bawah tu.
selepas dah buat gred, kita akan tetukan gred pelajar dengan formula vlookup.
korang pergi je kat formula dan pilih vlookup, nanti akan keluar macam ni
lepas tu, korang tekan ok. dan akan keluar macam kat bawah ni.
ok, sekarang dayah akan ajar cara nak masukkan gred.
lookup value = korang tekan kotak kecil tu dan tandakan jumlah markah keseluruhan pelajar terbabit dan masukkan $ diantara abjad dan nombor dikotak formula dan tekan enter
table array = tekan kotak kecil tu dan tandakan skala gred o hingga A+ yang korang dah buat kat tepi tu dan masukkan $ diantara abjad dan nombor di kotak formula tu dan tekan enter
cool index number korang taip 2 je
range lookup tulis TRUE
dan tekan ok kalau dah isi semua.
lepas tu akan keluar gred bagi seorang pelajar. untuk pastikan semua ada gred, korang tarik + yang ada kat tepi gred yang keluar tadi dan akan muncullah gred semua pelajar kesayangan korang tu. :)
tadaaaa..........
sekarang, dayah akan ajarkan cara nak kira bilangan pelajar yang dapat gred. korang cari ruang kosong dan tulis macam ni
lepas tu, korang pergi kat formula dan insert formula dan cari countif, lepas tu. akan keluar kotak dan korang tandakan kotak gred pelajar tadi kat RANGE dan jangan lua masukkan $ diantara abjad dan nombor dan tulis TH KAT kotak CRITERIA. Macam dalam gambar ni.
bila bilangan dah keluar, korang tarik je sampai ke bawah.
dah siap...............
untuk buat graf, korang higlight kan kat dah siap tadi iaitu bilangan pelajar yang mnedapat gred tertentu dan click insert kat bahagian atas tu dan pilih column . korang pilih graf yang korang berkenan. hasilnya seperti ini....
dah siap... korang nak buat kat sheet baru pun boleh, nak buat kat bawah bilangan gred pun boleh. terpulanglah mahu jadi apa, mahu jadi hantu, mahu jadi buaya,, hahaha :)
maaf andai ada kesilapan dan ketidakfahaman ye.
sekian saja, terima kasih....
Thursday, 29 September 2016
MAIL MERGE
ASSALAMUALAIKUM semua.
ok, hari ni dayah akan menerangkan bagaimana kita nak menggunakan mail merge. sebelum ni dayah pun tak tahu apa mail merge ni. terima kasih kepada lecturer yang sudi mengajar fungsi mail merge ni. selepas lecturer menerangkan kepada kami mail merge ni, beliau memberi tugasan kepada kami untuk menyediakan 5 keping sijil penyertaan yang perlu diletakkan dalam satu fail sahaja.
ok, jom kita mulakan. maaf andai ada kekurangan dan kesilapan.
1. Pertama sekali, kita kena buka microsoft words terlebih dahulu.
kemudian, tulis detail yang perlu ada dalam sijil seperti :
-nama sekolah
-jenis sijil ( penghargaan / penyertaan )
-nama pelajar
-no kp pelajar
-nama program
-tarikh program
-tempat program
-anjuran program
ini adalah contoh yang siap ditulis detail seperti diatas
2. kemudian, letakkan border yang bersesuaian. dayah letak border ang simple je
korang pergi kat page layout then tekan kat page border, korang pilih lah yang mana suka
3. selepas dah siap border, kita akan buat mail merge pulak.
berpandukan gambar diatas korang click mailing, lepas tu click start mail merge dan tekan step by step mail merge wizards tu
mailing ~ start mail merge ~ step by step mail merge wizard
4. selepas itu, akan ada kotak keluar kat bahagian kanan. akan ada 6 langkah yang pelu korang ikut, korang tekan je sampai jumpa langkah ke-3 macam dalam gambar ni.
korang tekan type a new list then create.
korang pilih customize columns dan buang segala benda sampai tinggal title dan first name sahaja.
lepas dah edit, akan keluar macam ni. korang isi lah column tu dengan maklumat yang korang nak letak macam nama dan no kp. kalau nak tambah nama tekan new column je.
lepas tu, jangan lupa save maklumat yang korang dah tulis tadi. nanti hilang, menangis tak berlagu lah jawabnya..hahaha
5. teruskan dengan step yang berikut pulak iaitu step yang ke-4.korang pergi kat insert mail field dengan menekan more items kat kotak kanan tu dan click ruangan title yang korang dah buat tadi.kemudian, dia akan jadi macam gambar bawah ni.
lepas tu, korang tekan je next kat kotak atas tu. then korang dah boleh preview benda yang korang tulis tu (nama dan no kp )
kemudian click complete the merge sama ada korang nak simpan atau print sijil-sijil tu.
mudahkan ??
maaf atas segala kekurangan, diri ini masih belajar untuk memperbaiki kelemahan.
SELAMAT MENCUBA SAYANG SAYANG SEMUA =)
Subscribe to:
Posts (Atom)