Nama diberi Nurhidayah Binti Murusin. Berumur 20 tahun pada 17 Jun 2016. Sekarang melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Monday, 12 December 2016
ADOBE ILLUSTRATOR
Assalamualaikum ..............
pernah dengar mengenai adobe illustrator tak ?? adobe illustrator ni merupkan aplikasi untuk buat banner, kad kahwin dan sebagainya.
macam biasa, adobe illustrator ni merupakan pertama kali bagi dayah . sebelum ni dayah pernah dengar tentang adobe reader je.
semasa kelas MTE, pensyarah dayah ajar mengenai adobe illustator ni. dan kami ditugaskan untuk menyediakan kad perkahwinan.
sebelum nak guna aplikasi ni, pastikan korang dah install adobe ni kat pc korang. cari je kat pakcik google. insya'Allah ada. cumanya aplikasi ni berat sikit...
lepas korang dah install, korang klik kat file dan tekan new macam dalam gambar di bawah ni.
lepas tu, korang edit maklumat seperti yang dah ada kat bawah ^^
untuk masukkan gambar dan buat rekaan korang sendiri, korang boleh download contoh contoh kad kahwin di google dengan menaip freepick dan korang pilih lah rekaan yang menambat hati korang dan download. kemudian buka file yang siap di muatturun tu
lepas tu korang boleh nak buat rekaan sendiri dengan mengubah susunan gambar dalam kad dengan menekan right-clik lepas tu pilih simbol ungroup
bila dah tekan ungroup, korang boleh susun ikut kreativiti korang dan drg and drop dalam file new tadi untuk susun.
lepas tu, oleh boleh masukkan perkataan seperti yang korang nak dengan tekan ikon T pada sebelah tepi illustrator tu
korang boleh juga masukkan gambar. lepas dah masukkan gambar, untuk elakkan gambar tu lindung perkataan yang korang dah siap tulis tadi, korang right-click leas tu tekan simbol arrange dan send to back. tadaaaaaaaa....
bila dah masukkan text, korang boleh ubah font text dengan tekan font yang ada kat kotak atas tu. tengok hasil yang dayah dah buat...
kad korang belum siap lagi,,,,, korang kena buat peta nak ke rumah kahwin pulak. ye lah, kalau tak ada peta, macam mana tetamu nak pergi ke majlis perkahwinan tu, senang je cara buat peta n, korang click simbol yang macam kat bawah ni dan lukis jalan yang macam korang nak. lepas tu, masukkan nama jalan dan ikon. ikon ni boleh dapat kat pakcik google. yang kat bawah ni contoh dayah.
macam yang korang nampak, gambar dalam peta dayah tu ada bunga bunga kan. tapi tak halang gambar peta, korang just pergi klik kat opacity dan adjust nak kecerahan gambar tu.
lepas dah siap peta, korang boleh buat pulak ayat jemputan untuk tetamu. caranya sama je. masukkan ayat yang korang nak taip lepas tu edit font. korang masukkan gambar yang korang nak. perkataan bismillah tu boleh dapat kat google image..
dan hasilnya....
dah siap. mudah je kan ??
boleh lah disimpan mana tahu untuk kegunaan masa hadapan.... hahaha
terima kasih.
selamat mencuba ye semua !!!
Thursday, 8 December 2016
AUDACITY
Assalamualaikum semua ! selamat Pagi !!!!
ok, hari ni dayah teringin nak kongsikan mengenai audacity kepada korang semua. siapa yang pernah dengar tentang audacity ???
audacity ni sebenarnya merupakan aplikasi muzik dan untuk merakam suara korang. mana yang suka karoake tu boleh try aplikasi ni.
ok, sebelum kita nak gunakan aplikasi audacity ni, sudah semestinya kita mesti install audacity di pc terlebih dahulu. nak install di mana ??? pak google kan ada ^^
pertama sekali, korang kena masukkan lagu yang korang suka. caranya seperti dalam gambar di bawah :::
lepastu, korang cuba mainkan dengan tekan butang seperti yang dibulatkan
lepas dah cuba mainkan lagu, korang boleh lah rakam suara korang dengan tekan butang yang telah dibulatkan olah dayah seperti dalam gambar di bawah. bila korang tekan butang tu, akan ada kotak baru yang keluar dibawah yang menunjukkan suara korang. korang buatlah apa yang korang nak macam menyanyi ke, bersyair ke,,,
lepas dah yakin dengan apa yang korang rakam, tekan button play dan dengar rakaman yang korang dah buat. lepas tu boleh lah disimpan untuk masa depan korang ^^.
the END..
terima kasih.................
Thursday, 1 December 2016
MOVIE MAKER
Assalamualaikum semua !!
setelah sekian lama tak update blog, hari ni dayah rasa nak ajar korang semua mengenai movie maker. mungkin ada yang pernah dan ada juga yang tak pernah dengar mengenai movie maker ni kan. honestly, dayah pun baru pertama kali nak mencuba movie maker ni.ok jom kita mulakan.
sebelum nak menggunakan movie maker, pastikan korang install dulu movie maker dalam pc korang. apa ? dah install ? ok bagus !
bagi yang dah install tu, korang buka windows movie maker korang. lepas tu, tekan butang " title seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah
bila dah tekan tu, korang editlah perkataan apa yang korang nak tulis. kalau macam dayah, dayah masukkan nama dulu.
lepas tu, korang klik pula pada butang add video jika korang nak masukkan video
video yang korang dah masukkan tu boleh diedit dengan menekan butang edit kat video tool
nak masukkan muzik pun sama. hanya tekan butang add music lepas tu masukkan muzik yang korang suka.
kalau nak edit tempoh tayangan bagi tajuk yang korang dah masukkan pada mula mula tu, korang hanya tekan butang seperti yang dibawah ni. senang je kan ??
lepas tu dah siap...
korang simpanlah video yang korang dah buat tadi
Subscribe to:
Posts (Atom)